} -->

e-Majalah Komunikasi & Penyiaran Dalam Islam

  • Pengenalan
  • Tajuk
  • Arkib

PANTANG LARANG KAUM CINA

PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA


  • Bakal pengantin  tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan.
  • Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
  • Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
  • Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.


PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA




  • Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.

  • Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari  raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yangada.

  • Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.

  • Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina  paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa  walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

  • Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.

  • Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

  • Selain itu, pemberian angpau masih tetap   diamalkan iaitu bagi pasangan  yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.


PANTANG LARANG SEMASA IBU MENGANDUNG


Dilarang makan daging arnab
  • Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir  arnab.


Dilarang makan daging anjing.
  • Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.


Dilarang makan daging ayam jantan.
  • Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.


Dilarang makan ketam.
  • Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.


Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais-krim,tembikai.
  • Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.


Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku
  • Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.


Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
  • Ibu tidak mudah mengimbangi diri.


Dilarang tepuk bahu ibu.
  • Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.


Dilarang menyidai baju.
  • Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.


Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.

  • Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini. Syukran Jazilan

Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Islam Crescent Moon

RAPUH-OPICK

About Me

My photo
Komunikasi dan Penyiaran Islam
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  September (1)
Powered by Blogger.