MENGERATKAN SILATURAHIM
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan
bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan .
Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan
Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke
setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan
bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan
kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali
kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek,
masuk ke kandang kerbau menguak. Melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan
lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri.
Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing.
SEMANGAT KEJIRANAN
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan
semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara
mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk
membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat
dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan
merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan
untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin
dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita,
iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat
penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama
akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah
lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa
berkat".
MEMPERINDAH KAWASAN PERUMAHAN
Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal.
Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi
sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan
kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan
amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal
dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak
kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan
indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara
langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita
boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi.
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BEKERJASAMA
Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan
mengaktifkan diri dalam amalan
bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan
bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata
peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi
amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa
bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
MENGELAKKAN PENYAKIT
Selain itu, amalan bergotong-royong menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang
penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor
penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit.
Kata Tun Dr. Mahathir, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Secara
peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti
diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan
menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat
banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita
juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan
tenaga kerja yang ramai jikalaU kita mengaktifkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu
generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk
mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini. Syukran Jazilan