AHLI KUMPULAN
SOALAN: Hiburan melampau dikenalpasti sebagai punca keruntuhan akhlak remaja. bincangkan punca-punca hiburan melampau dan cara penyelesaiannya.
DEFINISI
Hiburan
adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk
menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah
pentakrifan secara umum untuk hiburan. Sekiranya kita melihat kepada
negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah
mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapa
melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau
media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan
umat islam di Malaysia.
HIBURAN MELAMPAU ???????
- Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah.
- Hiburan yang tidak membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada segan silu, duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang kita lihat pada setiap konsert atau persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa kepada zina dan dosa besar.
- Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program ketika waktu azan atau hampir dengan waktu beribadat. la juga membuang masa untuk jangka waktu yang yang panjang.
- Hiburan yang tidak ada di dalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa rasa jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.
Isi Kandungan:
- Pendahuluan
- Punca-punca hiburan melampau dalam kalangan remaja masa kini
- Langkah-Langkah mengatasi keruntuhan akhlak
- Garis Panduan Mengadakan Acara Konsert/Persembahan dalam hiburan dalam Islam
- Contoh-contoh gejala sosial dalam komuniti
- Contoh keratan akhbar
- Kesimpulan
- Rujukan
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini. Syukran Jazilan