Pantang Larang
Semasa Pekahwinan Orang India
Perkahwinan kaum
india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam
,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang
larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah bakal
pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan
bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana
dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan
berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu
tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil
,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain
tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang
makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang
ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh
nenek moyang kerana keadaan ini
membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india.
Pantang Larang
Semasa Deepavali
Hari Deepavali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan
perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan
ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,
‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli
keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan
hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti
memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai
bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara
menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna
di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua
penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda
ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi
perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk
mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala
kejahatan dan sifat dengki.
Pantang Larang
Semasa Mengandung Bagi Kaum India
Bagi masyarakat
India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu
yang mengandung.
Dilarang keluar
rumah berseorangan pada waktu malam
Dilarang tidur
pada waktu siang atau tidur berlebihan.
Dilarang melakukan
perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh,
menyembelih binatang dan sebagainya.
Dalam tempoh 2
bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan
kerja-kerja yang berat.
Masyarakat India
mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama,
saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan
dia terkejut.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini. Syukran Jazilan