Berlaku pergaduhan
setempat antara orang-orang Melayu dengan orang-orang India di Kampung Medan
yang tercetus pada 8 Mac 2001 berlarutan sehingga 12 Mac 2001. Terdapat
beberapa faktor utama yang mencetuskan tragedi di Kampung Medan iaitu:
- Masalah sosio-ekonomi seperti perumahan, kekurangan kemudahan awam masyarakat miskin bandar (Melayu dan India) yang dipinggirkan daripada projek-projek pembangunan. Keadaan ini mewujudkan kesan psikologi yang tinggi.
- Isu-isu yang berkaitan dengan polarisasi perkauman di kawasan tersebut yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak berwajib.
- Perbuatan anasir luar yang ingin menganggu ketenteraman di kawasan tersebut dan mewujudkan ketidakstabilan politik.
- Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.
- Pengaruh parti politik yang sengaja memperbesarkan perkara-perkara kecil.
- Ketidakmampuan
Kerajaan Negeri dan Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan
infrastruktur dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini. Syukran Jazilan